Tangkapan Berkaitan Kes Video Viral Pembakaran Motosikal

Taiping||jatenggayengnews.com – Pada 26 Disember 2024, jam lebih kurang 16:27, Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping telah menerima satu laporan polis daripada seorang wanita Melayu berhubung kejadian pembakaran sebuah motosikal jenis Honda RSX berwarna hitam dengan nombor pendaftaran VJQ 4323 di Jalan Masjid Pokok Assam, Taiping, Perak. Kejadian tersebut tular di media sosial melalui video yang memaparkan seorang wanita Melayu menyimbah cecair yang disyaki petrol ke atas motosikal tersebut sebelum membakarnya.

BACA JUGA  Empat Prajurit TNI Jadi Tersangka Kematian Tragis Prada Lucky

Bertindak atas maklumat yang diterima, pada jam lebih kurang 19:30 pada hari yang sama, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping telah berjaya membuat tangkapan terhadap seorang wanita Melayu berusia sekitar 40-an untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal mendapati bahawa motif kejadian berpunca daripada ketidakpuasan hati wanita tersebut terhadap tindakan penarik motosikal yang mahu menarik motosikal tersebut disebabkan tunggakan bayaran insurans selama 20 bulan.

BACA JUGA  Kepala Disdag Semarang Buka Suara Soal Dugaan Ancaman: “Yang Mau Dibunuh Siapa?”

Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Khianat dengan Api), yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Polis Daerah Taiping menyeru masyarakat setempat, khususnya di Taiping, untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam. Setiap perbuatan jenayah pastinya menimbulkan kebimbangan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, Polis Daerah Taiping sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan daerah Taiping sentiasa selamat dihuni dan dilawati.

Gambar 3
file:///C:/Users/user/Downloads/WhatsApp%20Image%202026-07-14%20at%2009.15.01.jpeg
Gambar 1 Gambar 2