Vietnam||jatenggayengnews.com — Sebuah insiden yang nyaris membuat seorang wanita kehilangan harta berharganya berakhir dengan keajaiban. Chau Thi My Hoa, tanpa sengaja membuang cincin berlian bernilai sekitar RM175,000 (1 bilion dong) saat membersihkan rumahnya.
Setelah menyedari kesilapannya, Chau segera menuju tapak pelupusan sampah dan meminta bantuan pekerja pembersihan untuk mencarinya. Meski harus menghadapi timbunan 11 tan sampah, para pekerja tetap setuju membantu kerana mengetahui nilai tinggi cincin tersebut.
Dalam usaha yang melelahkan, Lam Minh Hai, salah seorang pekerja, secara ajaib menemui kotak barang kemas yang berisi cincin berlian itu di tengah tumpukan sampah.
Cincin itu dikembalikan kepada Chau yang menyampaikan rasa syukur dan menawarkan bantuan kewangan kepada para pekerja sebagai penghargaan. Namun, pihak syarikat pengurusan sampah dengan rendah hati menolak tawaran tersebut, menunjukkan dedikasi mereka yang luar biasa.
file:///C:/Users/user/Downloads/WhatsApp%20Image%202026-07-14%20at%2009.15.01.jpeg






