Masya Allah, Udah 16 Tahun Meninggal Jenazah Masih Bau Wangi

jatenggayengnews.com – Baru-baru ini, sebuah video di media sosial menunjukkan kisah luar biasa yang diceritakan oleh seorang penjaga kubur. (21/05/24)

Dalam video tersebut, beliau berkongsikan pengalaman mengkagumkan apabila mendapati jenazah yang digali semula masih berbau wangi walaupun telah 16 tahun meninggal dunia.

Menurut perakam video, Sukaidi, yang berusia 52 tahun, kejadian tersebut berlaku pada 23 April lalu di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.

BACA JUGA  Kalah Judi Online dan Gelapkan Sepeda Motor Pria Asal Banjarnegara Diringkus Polisi Polsek Bukateja

Pada hari tersebut, seorang jirannya meninggal dunia dan mereka mahu mengebumikan jenazah itu di kawasan perkuburan yang sama.

Namun, ketika menggali liang lahad untuk pengebumian, mereka terkejut apabila mendapati kain kafan terkeluar daripada tanah kubur di sebelah.

Lebih menghairankan, kain kafan tersebut mengeluarkan bau wangi seperti bau bunga melati dan daun pandan.

BACA JUGA  PCNU Gianyar Gelar Lailatul Ijtima’, Pelatihan, dan Bentuk Panitia

“Kami kagum kerana kain kafan tersebut berbau wangi seperti bau bunga melati dan daun pandan. Padahal jika dilihat daripada batu nisan, jenazah si mati dikebumikan pada tahun 2008,” kata Sukaidi.

Penemuan yang luar biasa ini membuatkan penjaga kubur tersebut memutuskan untuk menimbus semula jenazah yang terbongkar itu. Sementara itu, jenazah jiran Sukaidi dikebumikan di lokasi lain.

Kejadian ini telah menarik perhatian ramai dan menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat setempat. (Lu2k/red)

file:///C:/Users/user/Downloads/WhatsApp%20Image%202026-07-14%20at%2009.15.01.jpeg
Gambar 1 Gambar 2